Harapan begitu sinonim dengan setiap individu, berharap kejaiban akan muncul disetiap saat, dan setiap waktu, bagaikan Nobita berjumpa Doraemon.
Bersyukur?????????
rasa syukur yang semakin hari semakin hilang, semakin ramai guru-guru yang muncul mengajar bersyukur, menulis pelabagai buku digital, pelbagai buku, semakin hari semakin hilang rasa bersyukur.
Aku melihat satu sisi, yang selama ini tidak diambil kisah, tetapi masih ada para shabat di sebuah yayasan yang aku sertai dan aku ikuti, satu perkara yang sukar untuk di zahirkan, jika ditanya mengapa mereka berada disini setiapnya mempunyai pandangan sendiri dan alasan tersendiri.
Mengikut sahabat-sahabat ini, aku dibawa mengenali dunia gelandangan, pada mulanya aku begitu teruja, pengalaman pertama kali, menyertai, para sahabat mengedarkan makanan kepada para gelandangan.
Perkara yang agak mengejutkan aku adalah TERIMA KASIH dan NILAI PERSAHABATAN.
Gelandangan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kami yang mengedarkan makanan, kami hanya menjadi pengantara sahaja. Makanan disediakan oleh pihak jabatan agama islam, aku merasakan bertuahnya aku, makan apa sahaja yang aku impikan, aku boleh tidur dimana sahaja.
Sedih melihat gelandangan, mereka tidak seperti kita tetapi nilai-nilai kemanusian didalam diri setiap gelandangan itu begitu tinggi berbanding kita yang ada segalanya, kita kalau orang lebih sedikit dari kita sudah mula berasa tidak senang duduk, kita berasakan hanya kita sahaja ingin menang, hanya kita sahaja ingin menjadi orang kaya dan berjaya.
Jangan kita lupa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, gelandangan mesti dibela, kalau anda rasa tidak gembira ingatlah BERSYUKUR diatas apa yang kita miliki