Wednesday, August 21, 2013

Kesedihan Tanpa Batasan

Jalan geting - kl. sekali lagi memakan korban, ramai membuat andaian bas persiaran membawa pelancong,  warna bas jelas melihatkan, bas ulanga alik genting- kl , 53 penumpang, ada yang terkejut, ramainya bas itu lebih muatan ke? jangan salah faham. bas ini sama seperti bas yang kita naiki, di bandar mahupun kampung. bas ni ada kapasiti yang berdiri dan ada yang duduk.                                     Jangan dilihat pada apa yang telah berlaku, yang terkorban tetap pergi, lihat disebalik yang tersirat, selama ini baik media mahupun pihak penguasaan, menekankan keselamatan bas ekspres, bas yag digunakan setiap hari tidak diambil berat. Kini perkara telah berlaku, siapa salah? fikir, fikir, fikir,

Monday, June 17, 2013

MENCARI SEBUAH HARAPAN

Harapan begitu sinonim dengan setiap individu, berharap kejaiban akan muncul disetiap saat, dan setiap  waktu, bagaikan Nobita berjumpa Doraemon. 

Bersyukur????????? 


rasa syukur yang semakin hari semakin hilang, semakin ramai guru-guru yang muncul mengajar bersyukur, menulis pelabagai buku digital, pelbagai buku, semakin hari semakin hilang rasa bersyukur.

Aku melihat satu sisi, yang selama ini tidak diambil kisah, tetapi masih ada para shabat di sebuah yayasan yang aku sertai dan aku ikuti, satu perkara yang sukar untuk di zahirkan, jika ditanya mengapa mereka berada disini setiapnya mempunyai pandangan sendiri dan alasan tersendiri.


Mengikut sahabat-sahabat ini, aku dibawa mengenali dunia gelandangan, pada mulanya aku begitu teruja, pengalaman pertama kali, menyertai, para sahabat mengedarkan makanan kepada para gelandangan.

Perkara yang agak mengejutkan aku adalah TERIMA KASIH dan NILAI PERSAHABATAN.


Gelandangan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kami yang mengedarkan makanan, kami hanya menjadi pengantara sahaja. Makanan disediakan oleh pihak jabatan agama islam, aku merasakan bertuahnya aku, makan apa sahaja yang aku impikan, aku boleh tidur dimana sahaja.

Sedih melihat gelandangan, mereka tidak seperti kita tetapi nilai-nilai kemanusian didalam diri setiap gelandangan itu begitu tinggi berbanding kita yang ada segalanya, kita kalau orang lebih sedikit dari kita sudah mula berasa tidak senang duduk, kita berasakan hanya kita sahaja ingin menang, hanya kita sahaja ingin menjadi orang kaya dan berjaya. 

Jangan kita lupa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, gelandangan mesti dibela, kalau anda rasa tidak gembira ingatlah BERSYUKUR diatas apa yang kita miliki

KEHILANGAN

Kemampuan hanya hadir disebuah sisi gelap, sekadar diukur berdasarkan rajah-rajah zahir yang kelihatan, tidak ada kemampuan untuk melihat dari sisi cerah yang hadir.

Hasrat hanya dibawa untuk memuaskan nafsu, tidak ada kejujuran secara jelas dalam memperjuangkan sesuatu, biarpun sekelumit, setiap jalanan itu pasti akan ada buruknya, tidak ada seorang manusia boleh menyatakan kesempurnaanya, kemampuan mengheret setiap gerak waktu kedalam pembunuhan masa yang gagal diubah walaupun hanya secara renungan .

Begitu sukar , mengubah rasa hina itu menjadi satu rasa keindahan, membawa segala cinta dunia menjadi cinta abadi. Malu membataskan pengakuan diri untuk membawa kesempurnaa, begitu ketara jiwa yang gelap disisi seorang insan, kesempurnaan  sememangnya tidak pernah wujud, hanya kebodohan sahaja membawa mata itu melihat kegelapan sebagai satu susur keindahan, kesempurnaan yang hanya gagal diadaptasi kedalam kehidupan.

Akuilah setiap tindakan itu gagal diertikan sebagai sebuah kehidupan apabila tindakan itu menjadi sebuah pembunuhan senyap keatas setiap manusia yang merentangi jalan-jalan itu. Pengakuan kebodohan terjelas hadir bagaikan halilintar memecah kesunyian malam menarik perit jerih, memakan sekecil hasil sehingga sebesar dunia. 

Membawa diri melihat setiap sisi kehidupan sesuatu yang begitu indah membelah ketidakjujuran setiap manusia didunia.